Jawaban Ayatullah Gulpagani Mengenai Faidah Azadari

Dalam sebuah jawaban terhadap pertanyaan yang diajukan kepada Ayatullah al-Uzhma Safi Gulpaigani, beliau menegaskan, "Jikalau tidak ada azadari (majelis duka) untuk imam Husain as, setiap sesuatu bagaikan tidak bernyawa. Ini semua adalah kunci kehidupan, menjaga tetap hidupnya peristiwa terdahulu, menjaga identitas dan warisan kebudayaan yang besar."

"Sebenarnya kitalah yang memerlukan azadari, bukan Imam Husain." Tambah beliau lagi.

Berikut matan Tanya jawab beliau:

Pertanyaan

بسمه تعالي

Ustaz Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani yang kami hormati

Sudah lama saya memendam pikiran mengenai faedah azadari untuk Imam Husain. Mohon dijelaskan supaya keraguan saya dapat tersingkirkan.

A: Apa faedah dan manfaat dari Azadari, pemakaian baju hitam di hari-hari tertentu setiap tahun dan kesedihan gara-gara perilaku bejat seorang manusia zalim pada 1400 tahun yang silam, terbunuhnya seorang insan mulia dan beberapa subjek yang sudah lama berlaku? Contoh-contoh seperti ini sudah beberapa kali berulang di dalam sejarah. Bukankah ini perbuatan yang tidak bijak? Tidakkah Ahlusunnah berkata bahawa "Syiah penyembah orang mati" itu benar? Apakah memukul dada dan kepala, serta arak-arakan dapat menghidupkan kembali Imam Husain?

B: Saya pernah membaca, ada seorang Arab bertanya kepada seorang Syiah ketika menyertai azadari untuk Imam Husain: Siapakah Imam yang terbunuh ini? Kristian atau Yahudi? Menyadari bahwa dia sedang berhadapan dengan jawaban yang negatif, yaitu Imam terbunuh di tangan umat Islam pada 1400 tahun yang silam, dia terkejut dan berkata: Pihak yang membunuh adalah kamu sendiri, setelah itu kamu bersedih dengan kematiannya? Setelah 1400 tahun apa faedah kepada beliau dengan melakukan ini semua, menzalimi diri dan meninggalkan pekerjaan seharian? Apa kaitannya dengan kamu? Mohon jelaskan apakah sebenarnya faedah untuk kita dan untuk Imam Husain dengan semua azadari dan meninggalkan perkerjaan ini?

Jawaban Ayatullah Sofi Gulpaigani:

بسم الله الرحمن الرحيم

A: Sekiranya kita melihat dan berbicara berkenaan tentang peristiwa ini dengan penglihatan yang tinggi martabatnya, dengan kedudukan tinggi para nabi dan wali, derajat-derajat dekatnya mereka dengan Allah, maka orang yang ditujukan untuk pembicaraan ini adalah para malaikat, atau anak adam yang sama taraf dengan mereka ini.

Imam Husain telah mencapai ke puncak maqam imamah yang tertinggi sebagaimana Nabi Ibrahim as setelah mendapat kedudukan dan derajat yang tinggi. Hendaklah kita mengenali Imam dalam kedudukan tersebut. Berasaskan Asyura sebagai peristiwa yang tidak ada tolok bandingnya, puncak keagungan dan kedudukan yang dicapai beliau telah ditampakkan kepada dunia yang mana tidak mungkin seseorang itu dapat terbang kepada kedudukan itu melainkan dengan sayap spiritual yang kokoh dan menempuhi perjalanan sangat tinggi.

Kamu berkata: Seorang anak adam yang kotor dan seorang insan yang baik terbunuh, sampai ke peringkat kamu telah menuduh Sunni sebagai mazhab yang tidak mempunyai makrifat tentang keagungan keluarga Nabi saw! insan biasa ini dan insan yang mulia ini terbunuh ini hanyalah perkara biasa semata-mata!

Dalam peristiwa ini, kedudukan Simir, Ibnu Ziyad, Sinan bin Anas dan Yazid yang membunuh Husain bin Ali cucu Nabi yang merupakan penghulu pemuda surga sebagai kotor masih belum cukup mengandungi makna. Sekiranya seluruh kekotoran (khabith) dinisbahkan kepada seseorang individu masih belum memadai dengan mengatakan kedudukan Imam Husain selaku manusia biasa (sedangkan beliau memiliki kedudukan yang baik, insan yang amat mulia dan sempurna).

Syiah bukanlah penyembah orang mati. Sebagaimana al-Qur'an mengagungkan para nabi seperti Ibrahim, Musa dan Isa As, juga memeperbesarkan Safa Marwa, Hajarul Aswad, maka dengan pengagungan ini bukanlah menjadikan Syiah sebagai penyembah orang mati.

Dalam mengagungkan Husain as, Syiah telah mengambil inspirasi amalan dari al-Qur'an, wahyu Ilahi dan hidayah yaitu "Ikutilah petunjuk orang-orang yang telah Allah berikan petunjuk (QS al-An'am: 190).

Subjek ini tidak bakal berakhir sebagai mana nama Ibrahim, agamanya, kedudukannya, nama Musa, Isa, hari-harinya dan peringatan kedudukan serta martabat mereka tidak berpenghujung.

Acara ini, memukul dada, azadari merupakan penafian terhadap syirik dan kewujudannya, menolak keangkuhan, penghinaan dan pengdhaifan. Program ini adalah seperti azan, iaitu "أشهد أن لا اله الا الله و اشهد ان محمداً رسول الله " bukanlah bermaksud menyembah orang mati. Kamu berkata "menghidupkan apa?", sekiranya ini semua tidak ada maka semuanya akan mati. Ini adalah kunci kehidupan, pemeliharaan rekaman sejarah, menjaga identitas dan warisan besar kebudayaan.

B: Logika dan kata-kata yang telah kamu nukilkan terbit dari kejahilan yang menghasilkan hikayatnya. Bagaimana dapat diterangkan kepada orang yang berkududukan sangat rendah yang berbicara seperti ini?

Imam tidaklah terbunuh dalam peperangan bersama penganut agama Kristian atau agama lain. Imam terbunuh di tengah-tengah pertempuran antara hak dan batil, keadilan dan kezaliman, serta ilmu dan jahil sedangkan beliau menuntut kebenaran, hak-hak, anti kezaliman, memperjuangkan keadilan.

Beliau terbunuh di medan peperangan dengan mengucapkan slogan "إنّي لا أرى الموتَ إلّا سعادةً والحياةَ مع الظالمين إلّا بَرَماً" (Sesungguhnya aku tidak melihat kematian melainkan kebahagiaan, aku tidak melihat kehidupan bersama orang yang zalim melainkan kesengsaraan), dalam rangka menyelamatkan golongan yang ditindas serta menghidupkan agama.

Malang sekali seluruh peristiwa besar, bersejarah, semua kebanggaan dan kedudukan besar pendirian dan bangunnya mereka ini selaku lelaki yang masyhur dalam sejarah telah anda simpulkan sebagai seorang lelaki yang kotor dan lelaki yang baik terbunuh. Kamu telah membandingkan peristiwa-peristiwa lain yang sering terjadi.

Kamu tidak menyebutkan apa pun dari catatan peristiwa ini, anda tidak memperkenalkan orang kotor itu, begitu juga anda tidak mendefinisikan orang baik itu dengan baik. Anda tidak mengungkapkan perhitungan dan nasabnya, akhlak, perangai dan sejarahnya, serta tanggungjawab besar sepertinya.

Apa yang anda tampilkan hanyalah manusia biasa yang terbunuh atas persoalan pribadi dan terbunuh antara dua pihak. Ini semua bukanlah masalah 1400 tahun yang silam. Andainya orang biasa ini terbunuh hari ini maka seluruh program, majelis ucapan dan lain-lain lagi tidak tepat untuknya.

Sekiranya orang yang menukilkan soal-jawab ini tidak berat sebelah, maka sebab-sebab kejadian, orang yang memainkan peranan dalam peristiwa, kekejian Yazid dan Bani Umayah, permusuhan mereka dengan Islam, pengkhianatan besar mereka untuk individu tersebut pada 1400 tahun yang silam, maka peristiwa ini akan sentiasa disebut-sebut dari generasi ke generasi yang lain walaupun berlaku pada 400.000 kurun yang lampau.

Ini adalah ajaran, madrasah, identitas ketinggian, keunggulan insan, kemuliaan manusia dan pencinta kebenaran.

Pahlawan kebangkitan dalam peristiwa Asyura bukanlah manusia biasa. Beliau adalah Imam Husain.

Seorang insan yang baik akan senatiasa bermunculan, dan individu seperti itu tidak terbilang banyaknya sampai di lorong-lorong dan pasar-pasar sekalipun. Namun tidak seorangpun daripada mereka yang menyerupai Imam Husain.

Tidak ada individu sepertinya. Beliau tidak boleh dilupakan, pelajaran dan ajarannya hendaklah diterangkan. Imam Husain tidak memerlukan azadari kita, namun kita yang memerlukannya.

Kita memerlukan makrifat perjalanan beliau dan penghidupan ajarannya. Kita ingin hidup mulia, kita tidak ingin kehinaan. Kita tidak ingin tunduk menyerah apabila berhadapan dengan thagut dan kuasa angkuh.

Azadari ini sentiasa berfaedah. Semuanya adalah pembinaan insan. Azadari dan majelis asyura adalah misi memprotes, misi al-Qur’an, ‘Itrah, seluruh para nabi dan kebaikan.

Masalah yang lebih besar daripada ungkapan yang demikian adalah kami mengatakan bahwa Imam Husain as merupakan kelebihan dan hakikat di sepanjang sejarah. Beliau bukanlah syahid kemarin sore, beliau adalah syahid abadi yang mengajar kepada seluruh manusia tentang jalan kehidupan yang baik. Beliau adalah contoh dan tauladan untuk semua pejuang kebebasan di seluruh dunia. Bahkan Husain as adalah imam dan pemimpin untuk semua manusia yang bebas merdeka di sepanjang sejarah.

Mengenai Imam Husain yang senatiasa hidup, orang yang bersama dengan beliau juga senatiasa hidup, terhormat dan mulia. Salam ke atasmu wahai pemimpinku, Ya Aba Abdillah, jiwaku dan jiwa-jiwa seluruh alam semesta menjadi tebusan untukmu.

sumber : Abna.ir

Kirim komentar